mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Celik IT Suku Pertama 2021

Celik-IT 1

Celik-IT 1

 

NAMA: CANICIUS ANAK TAN SUN

UMUR: 22 Tahun

AHLI: 2021

PEKERJAAN: Swasta

 

Latar belakang

Adik Canicius merupakan salah seorang belia yang mengikuti kelas asas Multimedia dan ICT begitu juga dengan kelas asas Keusahawanan. Sebelum ini beliau tidak mempunyai sebaran asas menggunakan komputer dan berhasrat ingin mengikuti kelas di PIK Tebedu untuk menambah ilmu pengetahuan beliau mengenai penggunaan komputer.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Beliau tidak mempunyai asas mengenai penggunaan komputer begitu juga dengan aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam komputer. Dan sebagai permulaan, beliau diajar untuk menaip di notepad sebelum menggunakan program Microsoft Office.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK

Selepas mahir menaip, beliau mula diajar untuk menggunakan program Microsoft Office seperti Word, Excel dan juga Power Point. Beliau diajar cara seperti editing, menulis resume dan pelbagai lagi. Kemahiran komputer beliau semakin bertambah dan kemudian beliau menyertai kelas asas keusahawanan untuk menambah ilmu beliau mengenai pengaturcaraan keusahawanan.

 

Apa yang dipelajari melalui PIK

–  Mempelajari cara membuat editing di dalam MicrosoftWord.

    Mempelajari Microsoft Excel bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi

     Mempelajari cara membuat logo dan katalog perniagaan.

 

Bagaimana PIK membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT

 

       PIK membantu membimbing pelajar membuat latihan.

       Memberi kelas tambahan.

       PIK membantu pelajar belajar menggunakan aplikasi baru.

 

Celik IT 2

   CELIK-IT-3