|
Aktiviti : E-Tuisyen Sekolah Rendah (Matematik , Bahasa Inggeris , Bahasa Melayu) Tarikh : 2-3,9-10,16-17,23-24 Oktober 2021 Masa : 11.00 pagi – 12.00 tengah hari, 2.00 petang – 3.00 petang Peserta : Pelajar Tahun 4 Dan Pelajar Tahun 5 Tempat : Bilik Latihan |
Tujuan:
Untuk mengelakkan pelajar-pelajar daripada tercicir dari arus pembelajaran semasa ketika kebanyakan sekolah rendah di sekitar Daerah Tebedu terpaksa ditutup berikutan wabak Covid 19 ketika ini. Dengan adanya e-tuisyen untuk sekolah rendah anjuran Pusat Internet Komuniti Tebedu memudahkan ibubapa pelajar menjalani sesi PDPR anak-anak mereka di Pusat Internet Komuniti ini atau di rumah mereka.
Aktiviti :
Pelajar-pelajar akan diberikan link untuk matapelajaran yang telah didaftar sebelum ini oleh petugas sehari sebelum kelas atas talian bermula. Pelajar-pelajar diberikan pilihan sama ada menghadiri kelas e-tuisyen ini di Pusat Internet Komuniti atau di rumah masing-masing. Petugas akan menyediakan set komputer kepada pelajar-pelajar yang akan hadir di kelas e-tuisyen di mana mereka akan buat tempahan sebelum ini.